KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menyerahkan kepada polis untuk menyiasat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard, susulan tular video beliau ‘menikmati’ durian tanpa penjarakan sosial.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata bagaimanapun beliau percaya ‘kenduri durian’ itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Terdahulu tular video berdurasi 13 saat, yang menunjukkan Mohd Rashid menikmati durian bersama sekumpulan penduduk kampung, dipercayai berlaku di kawasan Parlimen beliau.
BACA: Langgar SOP: Polis akan panggil wakil rakyat, individu berkumpul makan durian
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan susulan berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kejadian dalam video berkenaan.
“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Pihak polis akan memanggil Ahli Parlimen berkenaan dan pihak yang terlibat di dalam video tersebut untuk membantu siasatan,” katanya lagi.
Selain itu Ismail memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Firdaus Azil
Tue Jun 29 2021
Ahli Parlimen Batu Pahat itu percaya kenduri durian itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan PKP. - Gambar fail
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
PRU15: PH guna kempen murahan, fitnah dan tiada fakta - Rashid Hasnon
Kata Mohd Rashid, PH juga tidak mempunyai senjata yang kukuh untuk dijadikan sebagai bahan menyerang beliau.
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Gara-gara sebut 'memalukan', Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan Rakyat
Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Jeluton, RSN Rayer (Pakatan Harapan) diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama dua hari.
Dua kes COVID-19 dikesan, Mesyuarat Khas Parlimen sekali lagi ditangguh sehingga 5.15 petang
Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon sebentar tadi.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.
'Kenduri durian': Polis ambil keterangan Timbalan Speaker, 14 individu lain
Mohd Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat itu sudah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 3 petang kelmarin (Khamis) untuk memberi kenyataan.
Kenduri durian: Tiada siapa yang kebal, biar polis tentukan - Ismail Sabri
Terdapat dua kenyataan berbeza dikeluarkan dalam isu tersebut dan menurut Ismail Sabri, beliau menyerahkan isu tersebut kepada PDRM.
Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat
"Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun."
Kenduri durian: Rashid Hasnon percaya itu video lama, akur disiasat polis
Ahli Parlimen Batu Pahat itu percaya kenduri durian itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan PKP.
Usul tukar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan hadapi tentangan
Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang.